top of page

Cadangan had tempoh PM 10 tahun perkukuh demokrasi - Kamil Munim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
Kamil menghadiri Program Kembali Ke Sekolah di bawah inisiatif Sejahtera MADANI di Ipoh
Kamil menghadiri Program Kembali Ke Sekolah di bawah inisiatif Sejahtera MADANI di Ipoh

Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun tidak menjejaskan kepentingan negara, sebaliknya membuka ruang kepada pembaharuan politik yang lebih sihat dan berdaya saing.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, langkah reformasi yang mahu dilaksana itu perlu dilihat dari sudut positif sebagai usaha memperkukuh demokrasi dan mengelakkan kepekatan kuasa dalam jangka panjang.


Tegas beliau, seseorang pemimpin masih boleh terus menyumbang kepada negara dalam pelbagai kapasiti lain meskipun tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.


"Kita perlu melihat cadangan ini dari perspektif yang membina. Ia tidak menafikan jasa atau kebolehan seseorang pemimpin, sebaliknya memberi ruang kepada perubahan dan pembaharuan politik yang segar," katanya selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah di bawah inisiatif Sejahtera MADANI di Ipoh, semalam.


Kenyataan beliau dibuat susulan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilaporkan bimbang had tempoh tersebut boleh memberi kesan negatif sekiranya pemimpin muda berwibawa tidak diberi peluang untuk dilantik semula.


Muhammad Kamil, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan sementara itu mengakui setiap cadangan mempunyai kelebihan dan kekurangannya.


Justeru cadangan had tempoh jawatan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kemunculan idea baharu serta kepimpinan muda yang progresif.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page