top of page

Cabaran wanita milenial: Peranan lebih besar kepada keluarga, masyarakat



Wanita pada era milenial menghadapi cabaran lebih hebat berbanding dua atau tiga dekad sebelum ini.


Bagi mantan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Johor, Rozy Razit, cabaran yang dihadapi kaum wanita sebenarnya lebih parah pada waktu pandemik Covid 19 kerana mereka menghadapi kesukaran membantu suami mencukupkan kewangan keluarga, malah ada yang mengalami masalah rumah tangga.


"Setelah pandemik kita nampak banyak masalah berlaku, kes penceraian terutamanya dan wanita ini perlu kuat serta ke hadapan untuk teruskan hidup


"Kita juga lihat ramai ibu tunggal yang mana saya selalu berjumpa dengan mereka. Memang terlalu banyak cabaran perlu ditempuhi, seperti menjaga anak dalam suasana mencabar," katanya dalam program temubual Borak Feminin terbitan Studio Dahsyat, malam tadi.


Menurut Rozy beliau juga pernah mengendalikan kempen kesihatan mental buat wanita di Johor ketika pandemik dan dari situ mendapati banyak wanita yang menghadapi tekanan jiwa, ingin membunuh diri atau memerlukan bantuan kaunserling.


Wanita juga, kata beliau, mengadu kesukaran untuk bekerja kerana anak yang masih kecil terutama ibu tunggal yang perlu menjana kewangan sendiri.


"Kebanyakan yang saya jumpa adalah ibu tunggal, mereka fikir macam mana nak jaga anak kalau nak bekerja


"Di situ saya terfikir, kalau kita kerajaan mungkin kita sediakan nurseri yang disubsidi oleh kerajaan dan ibu tungal bayar dengan harga murah.


"Kerajaan punya nurseri untuk kakitangan awam tetapi macama mana swasta, nuseri minta RM700 satu anak, macam mana nak hantar?" katanya.

Mahani Masban

Seorang lagi pimpinan Wanita KEADILAN, Mahani Masban, Ketua Cabang KEADILAN Kota Melaka berkata, cabaran yang dihadapi wanita sekarang amat sukar, namun suka atau tidak mereka perlu menghadapinya.


"Mereka tidak boleh lari daripada terjebak ke dalam cabaran itu. Cabaran melenia ini melibatkan wanita kerana wanita sebahagian daripada penduduk dunia.


"Jadi wanita harus bersedia menuju ke arah itu," katanya.


Beliau juga terkesan dengan ibu tunggal yang cuba bangkit daripada masalah kewangan membesarkan anak anak pada waktu pandemik Covid 19 atau pasca pandemik.


"Dulu seorang ibu besarkan anak, kalau dulu (misalnya) suami berpendatan rendah tetapi apabila datangnya Covid semuanya terhenti (kehilangan pendapatan). Sekarang bila kita telah melepasi tahap itu perlu berusaha keras untuk memulakan semula. Itu sesuatu yang sukar dan cabaran yang cukup besar


"Bila berhadapan masalah besar sebenarnya kaum lelaki kelihatan agak lemah menghadapi situasi begini. Wanita suka atau tidak kerana di ribaan mereka ada anak yang perlu dijaga (terpaksa tempuhi).


"Pengalaman saya sewaktu ketika Covid melanda, saya terima banyak panggilan telefon. Terutama ketika kempen bendera putih, ada sahaja (menaikkan) bendera putih di sekitar saya. Suka tak suka kita perlu bertindak, hubungi kawan kawan tanya siapa yang boleh membantu dan alhamdulilah tidak ada yang tertinggal," katanya.

Lanuga Velan

Manakala mantan Naib Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Lanuga Velan pula, tanggungjawab seorang wanita ketika ini agak berat kerana mereka berperanan sebagai isteri, ibu dan jika jadi pemimpin masyarakat maka tanggungjawab agak meluas.


"Cabaran dari segi emosi, mental seorang wanita dari pandangan saya memang hebat. Kadang kala lelaki pun tidak boleh handle


"Dulu seorang wanita nak tampilan diri agak takut. Kalau nak jaga anak perlu berhenti kerja. Zaman sekarang wanita bersedia menampilkan diri dan berdikari. Wanita lebih berani kalau dia boleh buat (beberapa) kerja dalam satu masa," katanya.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page