top of page

Cabaran semasa: Kerajaan komited bantu pengamal media

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5
  • 1 min read


Kerajaan MADANI tidak hanya meletakkan sasaran untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media, tetapi lebih penting membantu pengamal media menghadapi pelbagai cabaran semasa.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, selain berdepan isu pekerjaan dan kebajikan, perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) juga menimbulkan kekhuatiran di kalangan pengamal media, sama ada ia akan menggantikan fungsi wartawan.


Justeru tegasnya, beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan wakil pengamal media untuk membincangkan mengenai garis panduan penggunaan AI dalam industri kewartawanan.

"Kita memang perlukan garis panduan, kita perlukan pemahaman supaya kita dapat manfaatkan AI dan tidak menjadi mangsa sama ada kepada berita palsu, maklumat yang tidak tepat ataupun salah guna AI terutama dalam bidang media.


"Saya akan cuba luangkan masa minggu ini setidak-tidaknya untuk mendapatkan pandangan awal daripada pihak NUJ," katanya dipetik selepas menghadiri Kempen Kesihatan Awam Universiti Malaya pada Ahad.


Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) baru-baru ini melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri kewartawanan, yang dilihat membawa potensi manfaat dan risiko.


Setiausaha Agungnya, Teh Athira Mohamed Yusof berkata, penggunaan AI dalam bidang kewartawanan perlu dikawal secara etika kerana teknologi itu tidak seharusnya menggantikan bakat, kemahiran serta kreativiti seorang wartawan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page