top of page

Cabaran era digital, kekang maklumat tidak benar - Fahmi



Cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada ketika ini ialah untuk mengekang menyebaran maklumat tidak benar yang 'pengikutnya' berkali ganda lebih besar daripada maklumat benar.


Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata suatu usaha yang berat untuk menyedarkan rakyat bahawa setiap maklumat perlu ditapis sendiri dan tidak seharusnya maklumat tersebar di media sosial diterima dengan mudah.


"Kita tidak boleh nafikan hari ini ramai yang mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Kadang kala sumber itu sahih, kadang kala tidak. Maksud saya kadang kadang orang anggap mesej dalam WhatsApp itu sesuatu yang sahih.


"Dia forward tetapi apa sumber? Misalnya baru baru ini ada yang menyatakan Yayasan Khazanah telah menghentikan biasiswa. Padahal tak ada langsung. Tetapi benda itu dihantar dalam WhatsApp, dipetik screenshot dan disebar, nampak macam benda itu sahih.


"Saya nampak cabaran bagi kementerian, agensi, Jabatan Penyiaran perlu bantu untuk sampaikan maklumat yang betul, tepat, jelas dan sahih ini," katanya ketika menjadi tetamu istimewa Kedahfm, petang tadi.


Menurut Fahmi lagi, tiba masanya rakyat menyediakan minda mereka bahawa kebenaran bukanlah sesuatu yang sensasi tetapi suatu maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan dan memberi manfaat kepada individu serta masyarakat.


"Itu cabaran kita. Kebenaran tak ada sensasi, hanya kebenaran. Kena bantu rakyat bezakan antara fakta dan fitnah.


"Maklumat yang tidak sahih ini dia boleh pergi jauh kalau tidak dikekang dari awal. Bagi saya itu cabaran masa, bentuk maklumat dan cara kita memastikan laporan kita buat itu tepat," katanya.







0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page