top of page

Cabaran bawa pembaharuan menanti Lembaga Penasihat DBKL



Pelantikan muka muka baharu sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru baru ini menggalas cabaran lebih besar dalam pembaharuan pada era Kerajaan Madani.


Hal itu dinyatakan oleh salah seorang Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baharu, Andre Lai selepas menerima watikah pelantikan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh pada Jumaat lalu.


"Komitmen kami sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL ialah memastikan kesejahteraan rakyat di Kuala Lumpur terus dipelihara selaras dengan gagasan Malaysia Madani yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Andre Lai yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan dalam pada itu turut berjanji akan memberi yang terbaik kepada warga KL berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju sebelum ini, dan sering kali berurusan dengan DBKL menyelesaikan pelbagai masalah penduduk.


"Saya juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar atas kepercayaan terhadap lantikan saya ini.


"Kami akan menggalas tanggungjawab dengan membantu Datuk Bandar, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dalam memantapkan semangat Malaysia Madani dan demi Bandaraya Kuala Lumpur," katanya lagi.


Antara penerima watikah lain pada Jumaat lalu termasuk wakil daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Carmen Leong, Datuk Afdlin Shauki, Dr Bashir dan Jayakumar, serta daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shafie Abdullah dan Datuk Seri Izzudin.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page