top of page

Cabar fatwa Selangor: Penting umat Islam jaga akidah, maruah agama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13
  • 2 min read
ree

Umat Islam di Selangor dan Malaysia amnya perlu mempertahankan akidah dan maruah agama berikutan isu kontroversi melibatkan kumpulan Sisters in Islam (SIS), yang kini sedang menunggu keputusan cabaran terhadap fatwa Negeri Selangor di Mahkamah Persekutuan.


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof (gambar), fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak 2014 menyatakan bahawa fahaman SIS bertentangan dengan ajaran Islam kerana membawa idea liberalisme dan pluralisme agama perlu dipertahankan demi mengelakkan umat didakyah dengan idea yang tidak sejalan dengan akidah.


"Fatwa ini telah dicabar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, tetapi kedua-duanya gagal. Kini cabaran terakhir sedang didengar di Mahkamah Persekutuan, dan keputusan dijangka diumumkan pada 19 Jun 2025, Khamis depan," kata Azli dalam kenyataan.


Sehubungan itu beliau menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri mengadakan solat hajat selama dua minggu berturut-turut.


Usaha tersebut, kata Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu bertujuan memohon kepada Allah agar keputusan mahkamah memihak kepada kebenaran dan menolak penggunaan akal semata mata dalam menghujah agama.


"Islam bukan agama yang diukur ikut rasa atau logik. Ia berdiri atas wahyu, al-Quran dan sunnah. Bila ada pihak yang cuba putar belit hukum atau kelirukan masyarakat, kita tidak boleh berdiam diri," kata beliau.


Bagaimanapun, katanya, Islam tidak menutup pintu perdebatan atau dialog ilmu. Manakala cabaran semasa dalam era langit terbuka ini perlu dihadapi dengan ilmu, hikmah dan akhlak yang mulia.


"Semoga Allah memberi kemenangan kepada kebenaran dan dalam masa yang sama kita terus berdakwah serta memberi kefahaman kepada masyarakat agar tidak terpedaya dengan fahaman yang memesongkan," katanya lagi.


Untuk rekod, Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun ini bakal menjadi mercu tanda penting dalam menentukan kedudukan fatwa tersebut serta sejauh mana kuasa negeri dalam menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page