top of page

Gotong royong Cabang Wangsa Maju menjelang Tahun Baharu Cina



Oleh: Abdullah zaid


Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh 10 hari, masyarakat Cina telah mula membuat persiapan untuk menyambut perayaan berkenaan.


Salah satu persiapan yang menjadi kelaziman kaum Cina sebelum menyambut Tahun Baharu adalah ‘spring cleaning’ atau pembersihan rumah besar-besaran.


Dalam Bahasa Cina, ia dipanggil 大扫除, secara simboliknya yang bermaksud menyingkirkan segala kekotoran untuk mewujudkan satu pemulaan tahun yang baharu.


Oleh itu, Cabang KEADILAN Wangsa Maju menganjurkan ‘spring cleaning’ membabitkan Kampung Kuantan dan pangsapuri di Seksyen 2 kawasan itu.


Aktiviti seharian tersebut turut dimeriahkan dengan kerjasama agensi kerajaan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora Berhad dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, gotong royong tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.


"Seramai 100 orang terlibat dalam gotong royong ini. Selain daripada penduduk sendiri, pihak JKM telah menghantar seramai 20 pelatih khidmat masyarakat yang terdiri daripada golongan muda untuk menolong orang kampung membersihkan kawasan sempena Tahun Baharu Cina," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Ketua Kampung Lee Kong Chian, Tan Lai Kee menyifatkan kegiatan gotong royong tahun ini lebih meriah kerana mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan.


"Pertolongan agensi-agensi kerajaan, khususnya JKM banyak meringankan beban keluarga di kampung yang terdiri daripada rata-rata warga yang umurnya telah meningkat.


"Saya amat berterima kasih kepada Lai (Ketua Cabang Wangsa Maju) atas keprihatinan beliau dalam hal ehwal kampung," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page