
KEADILAN Cabang Sungai Petani siap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Kerusi Sungai Petani yang dimenangi KEADILAN sejak PRU 2008 akan dipertahankan habis habisan termasuk DUN DUN di dalamnya.
Sehubungan itu, beberapa mesyuarat telah dilakukan bagi memperkemaskan jentera pilihan raya yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
"Mesyuarat Penyelarasan Pilihan Raya Parlimen Sungai Petani telah berlangsung sekali lagi pada malam ini yang melibatkan kawasan-kawasan di dalam DUN Sidam.
"Pelbagai perkara berbangkit telah dibincangkan termasuklah berkenaan hal penyusunan jentera, PDM, logistik serta sukarelawan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal tiba," katanya dalam catatan di Facebook.
Datuk Johari merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani selama 3 penggal dan ADUN Gurun untuk sepenggal.