top of page

KEADILAN Cabang Shah Alam berbangga miliki 3 wakil rakyat



KEADILAN Cabang Shah Alam mungkin memiliki paling banyak wakil rakyat dalam satu satu masa.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Cabang Shah Alam, Rodziah Ismail dalam Mesyuarat KEADILAN Cabang Shah Alam kali ke 11, baru baru ini.


"Selaku Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Najwan Halimi, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor (Timbalan Ketua Cabang) dan YB Muhamad Izuan, ADN Kota Damansara yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang merangkap Ketua AMK Selangor.


"Alhamdulillah, Cabang Shah Alam kini mempunyai 3 wakil rakyat dan inshaAllah akan menggalas mandat yang diamanahkan untuk melihat dan membantu isu-isu berkenaan kebajikan, kesejahteraan kawasan serta dasar-dasar yang relevan," katanya.


Dalam mesyuarat itu, menurut Rodziah yang juga Ahli Parlimen Ampang, ruang diberikan seluas luasnya kepada AJK dan Pengarah Pilihanraya membentangkan dapatan berkenaan situasi Pilihan Raya Negeri yang berlangsung Ogos lalu serta gerak kerja jentera lapangan sepanjang tempoh berkempen.


"Beberapa aduan dan cadangan diambil maklum dan kita akan membuat satu post mortem terperinci bagi mengatasi serta menambahbaik (gerak kerja) pada masa akan datang.


"Tahniah sekali lagi buat semua jentera Cabang, Wanita dan AMK yang bertukus lumus memenangkan calon dari Cabang Shah Alam," kata Rodziah lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page