top of page

Cabang KEADILAN luar bandar perlu disediakan dana operasi - Calon MPP Otai Reformis



Cabang KEADILAN adalah nadi parti di sesuatu kawasan, sama ada untuk memenangkan calon di peringkat Parlimen atau pun Dewan Undangan Negeri (DUN).


Seharusnya Cabang mempunyai dana mencukupi untuk beroperasi dan menonjolkan efisiensi perjuangan parti di tengah tengah masyarakat.


Oleh itu, bagi calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Razak Ismail, parti perlulah menyediakan dana secukupnya untuk menggerakkan Cabang tersebut, khususnya di kawasan luar bandar.


"Saya akan memperjuangkan agar Ketua-ketua Cabang, terutama Cabang luar bandar di negeri yang bukan diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan, parti menyediakan sejumlah dana untuk Cabang tersebut beroperasi.


"Tanpa dana yang cukup Ketua Cabang terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menampung kos sewaan pejabat dan juga kos mengadakan program program parti di peringkat Cabang," katanya.


Selain itu, menurut wakil NGO Otai Reformis 1998 itu, beliau juga akan mencadangkan agar parti memperkenalkan polisi pimpinan yang menjawat jawatan Ahli Parlimen, ADUN atau Menteri Besar memegang jawatan hanya selama 2 penggal kecuali di atas sebab sebab tertentu.


"Parti perlu menguatkuasakan polisi agar pimpinan parti memegang jawatan ADUN, Ahli Parlimen atau ahli Exco Kerajaan Negeri atau Menteri Besar hanya selama 2 penggal sahaja bagi membolehkan pimpinan ‘pelapis’ mengambil alih jawatan itu seterusnya," ujarnya.


Razak yang juga Setiausaha Otai Reformis berkata beliau juga tidak akan lupa untuk memastikan suara para reformis didengari oleh parti dan tidak hanya 'garang' di jalan raya.


"Saya berusaha memastikan suara Otai didengari oleh pucuk pimpinan parti kerana kami berpandangan ketika ini suara Otai hanya setakat ‘bising-bising di luar sahaja” dan tidak didengari oleh parti. Perkara yang dibangkit oleh Otai tidak dibincang dan dihalusi oleh pimpinan parti," katanya lagi.


Razak bertanding dalam Pemilihan ini sebagai calon nombor 7.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page