top of page

Cabang cabang KEADILAN Selangor mahu Nurul Izzah timbalan presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 3 min read


Ketua Cabang cabang KEADILAN di Selangor mahu Nurul Izzah Anwar menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden KEADILAN.


Menurut kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam perjuangan ini parti telah menyaksikan ramai yang datang dan pergi namun Nurul Izzah kekal terus istiqamah sejak hari pertama kepada semangat reformasi.


Katanya, ketika negara memasuki fasa yang semakin mencabar dari segi politik, ekonomi dan sosial, KEADILAN seharusnya dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bukan sahaja memahami akar sejarah parti tetapi juga mempunyai hala tuju yang jelas dan mampu menguatkan struktur dalaman parti juga menyatukan suara anggota dari bawah ke atas.


"Sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, saya menyatakan sokongan terbuka bersama rakan-rakan pimpinan dari seluruh cabang di negeri ini terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.


"Kita tidak hanya perlukan pemimpin yang mahir berpidato atau memenangi kerusi. Kita perlukan pemimpin yang faham denyut nadi anggota, bersedia mendengar akar umbi dan tahu meletakkan parti mengatasi kepentingan peribadi.


"Parti perlu seorang Timbalan Presiden yang tidak terikat dalam pentadbiran kerajaan, tetapi boleh memberi fokus kepada mengukuhkan kekuatan dalaman parti.


"Kita perlukan sosok yang boleh memberi sepenuh tenaga untuk mempersiapkan KEADILAN menghadapi PRU akan datang dengan strategi kukuh, struktur tersusun dan semangat anggota yang segar," katanya dalam kenyataan.


Menurut Amirudin, Nurul Izzah telah berjuang sejak muda, menjadi suara anak muda dalam zaman penuh getir, ditahan, dihina, namun tidak pernah meninggalkan medan perjuangan.


Katanya, Nurul telah membuktikan kredibilitinya dalam dua penggal sebagai Ahli Parlimen, sebagai Naib Presiden parti, serta sebagai pemikir dasar yang komited.


"Dalam dan luar negara mengiktiraf ketokohan beliau, tetapi yang paling utama anggota parti tahu siapa beliau, dan tahu apa yang telah beliau korbankan untuk KEADILAN.


"Kita perlukan kepimpinan yang bersedia ‘toe the line’ bersama anggota, yang faham denyut nadi parti dan yang tidak meletakkan diri di atas, tetapi di sisi perjuangan rakyat," katanya.


Kata Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu, pencalonan bukan soal mewarisi nama tetapi soal membina semula semangat. Tentang harapan baharu, menyatukan idealisme reformasi dengan realiti politik masa kini juga menyambung api perjuangan dengan keikhlasan dan tanggungjawab.


"Saya yakin, dengan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden, kita dapat menyusun semula barisan yang kuat, menyemai semula kepercayaan rakyat, dan memastikan KEADILAN kekal relevan, progresif dan berwibawa," katanya.


Tambahnya, kepimpinan Presiden memerlukan gandingan yang mantap dan Nurul Izzah mampu menjadi rakan setia, penasihat jujur dan tenaga penggerak yang berani menyatakan kebenaran demi parti.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, katanya, KEADILAN Selangor berdiri teguh bersama Nurul Izzah dan berharap pencalonan itu menjadi permulaan kepada babak baharu perjuangan KEADILAN yang lebih bersatu, matang dan membina.


Turut menyokong kenyataan tersebut ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor dan Ketua Cabang KEADILAN Sepang, Datuk Borhan Aman Shah; Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor dan Ketua Cabang KEADILAN Petaling Jaya, Hee Loy Sian; Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, Mohd Najwan Halimi; Ketua Cabang KEADILAN Sabak Bernam, Ahmad Mustain Othman; Ketua Cabang KEADILAN Sungai Besar, Azhar Achil; Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Sivabalan Muguthan; Ketua Cabang KEADILAN Ampang, Syed Ahmad Abdul Rahman; Ketua Cabang KEADILAN Hulu Langat, Rajendra kumar Munusamy; Ketua Cabang KEADILAN Bangi, Lim Kim Eng; Ketua Cabang KEADILAN Puchong, Zaihasri Jaafar; Ketua Cabang KEADILAN Subang, M Pravin; Ketua Cabang KEADILAN Damansara, Elizabeth Wong Keat Ping; Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh, Datuk Seri Ramanan Ramakrishanan; Ketua Cabang KEADILAN Kapar, Datuk Seri Azizi Ayob; Ketua Cabang KEADILAN Klang, Azmizam Zaman Huri; Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Dr Gunaraj George; Ketua Cabang KEADILAN Kuala Langat, Mohd Afiq Tuniman.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page