top of page

Cabang Bakri usul guna logo KEADILAN PRU 15



KEADILAN Cabang Bakri yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) baru-baru ini mengusulkan logo parti digunakan dalam kampen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 oleh semua parti komponen.


Menurut Setiausaha Cabang KEADILAN Bakri, Idros Hamdani, usul itu antara beberapa usul yang diluluskan kelmarin.


"Terdapat 5 usul dibentangkan. Iaitu menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir. Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke 9.


"Logo KEADILAN digunakan untuk kempen PRU 15 (seperti PRU lalu)


"Mengekalkan YB Ysahrudin sebagai calon KEADILAN di DUN Bukit Naning


"Mencadangkan YB Ysahrudin sebagai calon MB Johor dari Pakatan Harapan," katanya.


Idros juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan MATC Bakri.


MATC itu dihadiri 52 orang ahli dan diadakan di Laman Samin, Batu 16, Air Hitam, Bukit Naning, Johor.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page