top of page

Bye Bye 'Langkah Dubai', terus mara demi Malaysia Madani tercinta



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Entah sudah berapa kali sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan, setiap kali muncul cerita tukar kerajaan, ia pasti berakhir dengan kegagalan.


Kali ini ia muncul lagi sebagai tatapan kita semua di saat-saat tahun 2023 hampir melabuhkan tirainya.


Di sebalik kedudukan kerajaan Madani yang diketahui semakin kukuh, kali ini beberapa pempengaruh media sosial pro PN cuba mereka-reka naratif yang tidak berasas kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditumbangkan.


Kali ini usaha tersebut mereka namakan sebagai 'Langkah Dubai' di mana di sanalah kononnya dikatakan gerakan itu diaktifkan kembali yang melibatkan sejumlah Ahli-Ahli Parlimen pelbagai parti.


Tidak pasti apa tujuan direka-reka cerita tukar kerajaan itu, yang paling mungkin ia hanyalah bertujuan meraih lebih tontonan di Tik Tok sambil mengharapkan sedikit imbuhan daripadanya.


Tiada sebab tarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan


Yang nyata, selain hanya ada dua tiga pemimpin pembangkang berada di Dubai kerana bercuti hujung tahun bersama keluarga masing-masing, ini sekali lagi memperlihatkan cubaan menggugat kedudukan kerajaan tidak berjaya dilakukan.

Noraini Nordin

Kerajaan Perpaduan terbukti semakin kukuh dan sebarang gerakan yang cuba digembar-gemburkan ternyata tidak mendapat sambutan.


Paling mudah untuk difahami, bagi Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan, tidak ada sebab untuk mereka menarik sokongan atau mengalihkan sokongan kepada blok pembangkang.


Seperti seseorang yang sedang bahagia tinggal di rumah sedia ada - yang cukup segala keperluan - sebab apa mahu berpindah ke rumah lain yang belum diketahui keadaan serta rupa bentuknya?


Berhenti berangan angan pada 2024


Berhentilah dengan cerita tukar kerajaan dan diharapkan ia tidak lagi diulang-ulang pada tahun-tahun mendatang.


Ayuh, jendela 2024 kita buka luas. Biar mentari indah terus menyinar Malaysia Madani yang kita cintai.


Bermula tahun 2024, semua pihak harus mengutamakan kepentingan negara dan bagaimana untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik untuk warganya tanpa mengira kaum dan status .


Berdasarkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen dan kedudukan parti-parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan, adalah membuang masa sahaja untuk terus bercakap mengenai tukar kerajaan.


Komitmen semua parti untuk terus menyokong Anwar atau PMX sehingga habis penggal boleh dikata tidak akan tergugat lagi.


Menghebohkan cerita tukar kerajaan, walaupun dengan naratif palsu, khalayan dan fatamorgana, kesan tidak baiknya berbalik kepada negara.


Mahu tukar kerajaan, tunggu Pilihan Raya Umum ke 16 yang dijangka pada tahun 2027 datang.


Bye bye 'Langkah Dubai'..

__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page