top of page

Burukkan parti: Lembaga Dispilin perlu bertindak - Ahli MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Kemelut dalaman KEADILAN yang masih berpanjangan biarpun selepas lebih sebulan Pemilihan 2025 berlalu memerlukan tindakan tegas untuk menanganinya.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abang Zulkifli Abang Engkeh (gambar).


Menurut pemimpin KEADILAN Sarawak itu, kemelut dalaman sepatutnya telah 'move on' beberapa minggu lalu tetapi keadaan masih tidak berubah dengan terdapatnya ahli dan pimpinan yang terus menerus memburuk burukkan sama ada parti, pimpinan sehinggalah presiden.


"Tindakan mereka yang terus memecah belahkan parti melalui tindakan-tindakan dalaman parti adalah sangat dikesali.


"Mereka yang menggunakan saluran media sosial tidak segan silu mengadu domba dan menyerang serta mempersendakan pemimpin parti," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Abang Zulkifli kesal dengan podcast terbaharu pada minggu lalu melibatkan mantan Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Rafizi Ramli dan seorang pempengaruh Faizal Rahman yang mana hujah mereka tidak langsung mendatangkan kebaikan kepada perpaduan parti.


Katanya, Presiden KEADILAN pada waktu ini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dikagumi dunia terutama pemimpin negara negara Islam, dan tidak sewajarnya sosok itu dikecam dan dikritik berlebihan.


Oleh itu, beliau mencadangkan agar Lembaga Disiplin KEADILAN memulakan tindakan ke atas mana mana anggota yang didapati memburuk burukkan parti dan pemimpinnya agar perbuatan tersebut tidak berlanjutan.


"Supaya mereka tidak terus menerus membuat serangan dari dalam parti, saya berpendapat tiba masanya parti melalui Biro Disiplinnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa jua anggota parti yang tidak menghormati keputusan parti," ujarnya.


Ketua Cabang Batang Lupar itu juga mengingatkan peristiwa Langkah Sheraton pada 2020 terjadi apabila terdapat sebilangan pemimpin parti tidak menghormati presiden dan akhirnya mereka melakukan tindakan yang merugikan KEADILAN.


Katanya, perkara serius seperti itu wajar dicegah daripada berulang dan parti perlu bertindak lebih berani.


"Parti boleh bertolak ansur dengan anggota yang meneggur hatta menyerang menggunakan saluran parti, tetapi harus bertindak jika anggota parti mendedahkan aib dan memfitnah parti serta pimpinan parti secara terbuka," katanya.


Bagi Abang Zulkifli, bertarung dengan musuh di luar parti lebih mudah daripada menghadapi sesama anggota yang mempunyai agenda berbeza.


Katanya, KEADILAN masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan tidak akan tergugat sekiranya dilakukan tindakan disiplin ke atas segelintir anggota.


"Saya berkeyakinan tinggi bahawa parti ini masih mempunyai sokongan yang kuat dari akar umbi.


"Kepimpinan muda yang telah lama digilap, seperti Timbalan Presiden sendiri dan barisan Naib Presiden sama ada yang baru atau yang lama, serta urustadbir parti yang baik oleh Setiausaha Agung KEADILAN, pastinya mampu menggalas amanah dengan lebih berkesan," katanya lagi.


Beliau berharap parti akan mengambil sikap tegas dengan melakukan tindakan sewajarnya terhadap golongan yang melakukan perpecahan di dalam parti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page