top of page

Bursa saham Malaysia tercorot, pelabur tiada keyakinan




Kelemahan Bursa Saham Malaysia sejak beberapa bulan lalu berpunca daripada lemahnya urustadbir kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelabur tidak akan menanam modal di dalam negara yang suasana politik tidak menentu dan menghadapi masalah kepimpinan.


"Saya ingin mengulas laporan menyatakan pasaran saham kita di Bursa Saham Kuala Lumpur adalah antara yang tercorot, paling rendah di dunia. Ini menggambarkan keyakinan pelabur dalam dan luar sangat rendah.


"Oleh yang demikian kita lihat prestasi ekonomi terkait. Saya setuju pasaran saham bukan petanda mengukur kekuatan ekonomi. Kekuatan ekonomi melihat kepada bursa saham dan kekuatan pelaburan asing yang telah kita sentuh sebelum ini.


"Di kalangan negara ASEAN, Filipina mencatat kenaikan yang lain merosot, tetapi merosot kecil. Malaysia merosot paling buruk dan parah di ASEAN, iaitu 68% (kehilangan pelaburan)


"Keyakinan ekonomi ini bersangkutan dengan keyakinan terhadap pentadbiran negara. Apakah semuanya salah Covid 19? Saya sebut semua negara ASEAN malah di dunia alami masalah sama, membendung Covid, menyentuh kesihatan awam dan ekonomi tetapi mengapa Malaysia mencatat keadaan paling parah?" katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.


Oleh itu, Anwar menyeru agar pemimpin kerajaan PN bangkit dari lena dan memperbaiki diri. Tanpa pengurusan ekonomi yang baik, katanya, pelaburan tidak akan masuk.


"Kerana tidak ada keyakinan, pengurusan yang lemah, menteri-menteri sibuk mengatur pingat baru yang diperolehi, masalah kontrak tanpa tender, ini jadi rebutan sekarang.


"Saya fikir wajar pimpinan kerajaan mengambil tanggungjawab dan lebih melihat kepada kenyataan-kenyataan baru yang mendatang, merosotnya pelaburan serta tercorotnya bursa saham," katanya.


Bursa Malaysia dilihat semakin melemah menuju penghujung tahun 2020.


Keadaan itu diburukkan lagi dengan perisytiharan darurat pada awal Januari 2021. Media melaporkan pelabur asing menjual saham tempatan bernilai RM535.5 juta pada minggu ketiga 2021 berbanding RM288.4 juta pada minggu sebelumnya.


Hal itu menyaksikan secara keseluruhan, pada bulan Januari 2021 Malaysia mencatat aliran keluar bersih asing sebanyak RM834.7 juta.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page