Bunuh diri: Media perlu lapor secara bertanggungjawab, elak keadaan lebih buruk - Fadhlina


Tragedi bunuh diri yang semakin kerap berlaku sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 perlu dilaporkan secara lebih bertanggungjawab oleh media masa.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti, Fadhlina Sidek, laporan media yang mensensasikan kes bunuh diri sebaliknya hanya akan menggalakkan individu lain yang tertekan perasaan melakukan perbuatan sama.


"Apa yang menjadi isu, bagaimana pelaporan oleh media ini sangat memberi kesan kepada masyarakat. Kita lihat ada beberapa faktor bagaimana media boleh menjadi rakan kepada kita untuk membuat kempen mencegah bunuh diri lebih berkesan.


"Sebab itu saya nak sebut laporan media ini memberi kesan kepada komuniti. Kesannya kepada mereka yang sudah pun mempunyai kebarangkalian yang tinggi atau tanda-tanda untuk membunuh diri.


"Berdasarkan pelaporan media setiap hari, misalnya hari ini 4 orang, esok 5, penonjolannya memberikan kesan


"Dalam konteks kajian sosial, kesihatan mental komuniti, bunuh diri ini memberi kesan apabila dilaporkan secara tidak bertanggungjawab


"Misalnya jika isu (kejadian) disensasikan dengan nota bunuh diri, dengan kehibaan dan kesusahan yang alami (individu terbabit secara terperinci), ia memberi kesan besar bila detail itu dihebahkan ke dalam masyarakat," katanya dalam forum maya anjuran Media Mulia bertajuk: "Bunuh Diri: Pembunuh Senyap Era Pandemik", semalam.


Sehubungan itu, Fadhlina yang merupakan pengamal undang-undang membawa contoh kejadian bunuh diri aktor Amerika Syarikat (AS), Robbie William, yang menyebabkan meningkatnya 9 - 10% kadar bunuh diri, kematian yang ditiru oleh orang muda di AS. Hal itu, katanya, mewujudkan fenomena "peniruan bunuh diri" (copycat suicides).


Katanya lagi, biarpun tiada kajian terperinci di Malaysia tetapi satu kajian pada 2017 menyebutkan media di negara ini memang melaporkan tentang bunuh diri secara yang meninggalkan kesan kepada masyarakat.


"Ini yang perlu dididik, sama ada media atau komuniti kita mesti bertanggungjawab bila melaporkan atau memberitahu tentang kes bunuh diri.


"Saya ingat sepanjang 2 minggu banyak gambar (bunuh diri). Saya bertegas apabila masuk dalam WhatsApp mesti dipadam. Kita kena ada penegasan begitu dalam mendidik masyarakat. Kita tidak boleh membiarkan copycat. Ini juga memberi kesan besar kepada msyarakat apabila suami, isteri atau anak mereka membunuh diri," katanya.


Selain itu, kata Fadhlina lagi, mesyarakat juga harus memberi sokongan dan pertolongan kepada keluarga individu yang membunuh diri.


Tekanan berlebihan kepada keluarga yang ditinggalkan tidak akan membantu mereka malah akan menyebabkan gangguan jiwa pada masa hadapan


"Ada stigma yang masih taboo dalam masyarakat bila membunuh diri, keluarga itu ada saka, gila. Itu semua isu-isu yang kita mesti bantu masyarakat.


"Saya bercakap mengenai eko sistem komuniti kesihatan mental. Ini sangat penting kepada masyarakat kita kerana amat penting hastag 'kita jaga kita' diterjemahkan juga dalam bersosial. Hal ini bukan tanggungjawab Kementerian Kesihatan sahaja. Kementerian Pendidikan, Wanita dan Belia juga perlu pikul tanggungjawab.


"Untuk berkongsi berita pula perlu elak memberikan maklumat terperinci tentang tempat kejadian.


"Juga kena hormat mangsa dan keluarga. Keluarga perlukan sokongan masyarakat untuk hilang rasa malu dan sebagainya," katanya.


Selain itu, Fadhlina turut menimbulkan perlunya menyahkriminal Seksyen 309 Kanun Keseksaan


Katanya, kebanyakan negara telah pun menghapuskan pendakwaan terhadap mereka yang cuba membunuh diri. Secara logiknya dalam konteks kesihatan awam, mereka perlu dirawat mental atau jiwa maka tidak wajar dalam undang-undang mereka dihukum.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER