top of page

Buli siber: ‘Kerajaan perinci aspek baharu bawa ke Jemaah Menteri’- Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi akan membuat penambahbaikan aspek perundangan, penguatkuasaan dan kawal selia dalam isu buli siber agar individu yang dikenakan tindakan undang-undang berkaitan kegiatan itu mendapat hukuman setimpal dalam masa terdekat.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, hasil mesyuarat selama tujuh hari pihaknya bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo telah memperincikan bebarapa aspek baharu sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet.


"Antaranya Seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan Akta 574 kesalahan menakutkan secara jenayah atau criminal intimidation sebagai mengaibkan kehormatan seseorang


"Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 588 yakni penggunaan tidak wajar dalam kemudahan rangkaian adalah contoh boleh digunapakai bagi menanggani masalah buli siber bergantung bentuk buli yang dilakukan.


"Hasil mesyuarat telah meneliti keperluan menggubal undang-undang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai inisiatif terkini kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi menangani jenayah buli siber


Selain itu, ketika ditanya jaminan langkah penguatkuasaan undang-undang berkenaan buli siber tidak menyekat kebebasan bersuara terutama bagi pihak pembangkang, Fahmi berkata, sesiapa tidak sepatutnya menjadi mangsa buli siber termasuk Ahli Parlimen.


"Saya ingin beri jaminan tiada sesiapa patut menjadi mangsa buli siber termasuk Ahli Parlimen, ‘no one should be be a victim of cyber bullying’ (tiada sesiapa patut menjadi mangsa buli siber).


"Jadi saya ingin ingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam komen yang dimuat naik termasuk dalam sesi ‘live’ atau di ruang komen laman portal," ujarnya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page