top of page

Buli di sekolah: 90% kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pelajaran (KPM) memaklumkan sebanyak 90% kes buli berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kesemua kes itu diadukan melalui Portal Aduan Buli yang dilancar sejak Ogos tahun lalu.


"Bagi kes yang belum diselesaikan adalah kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari.


"Penyebaran tentang akses untuk murid, ibu bapa atau waris untuk mengadu lebih terbuka hari ini dan KPM beri jaminan ini mesti disiasat mengikut Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.


"Inilah yang kita berikan jaminan bahawa setiap aduan mesti disiasat mengikut tempoh satu, tiga dan tujuh hari," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Mohammed Taufiq Johari (PH – Sungai Petani) yang bertanya berkaitan kes buli di sekolah dan langkah intervensi daripada KPM.


Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM pada ketika ini melakukan langkah intervensi melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk menangani isu tersebut.


"Bagi kes berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Kita ada pasukan guru bimbangan dan kaunseling dalam KPM untuk menangani isu tersebut.


"Guru terbabit akan beri intervensi bersesuaian yang berkait rapat kebajikan, keselamatan dan kebajikan murid sebagai satu bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa sewaktu siasatan dijalankan. Semua kes buli perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page