top of page

Buli atlet: KBS tidak tolak ansur - Hannah Yeoh



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti ancaman siber yang didakwa dibuat terhadap pemain badminton profesional negara Soong Joo Ven


Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihak kementerian tidak akan bertolak ansur kepada sebarang bentuk gangguan dan penderaan yang ditujukan kepada mana-mana ahli sukan negara ini.


Hannah berkata, buli siber turut diliputi dalam Kod Sukan Selamat, yang merupakan garis panduan untuk mewujudkan persekitaran sukan selamat yang menjadi peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan.


"Kod Sukan Selamat adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, ia meliputi ancaman dalam talian.


"Kami belum berbincang lagi dengan pegawai keselamatan kes ini, saya tidak tahu pun mengenai kes ini.


"Tetapi kita akan kaji selepas ini. Kita akan senaraikan cara untuk memudahkan (atlet) membuat aduan... jika ada aspek jenayah, polis akan siasat," katanya ketika pelancaran direktori kemudahan sukan di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Media sebelum ini melaporankan Joo Ven menerima mesej ugutan dan biadap di media sosial selepas tersingkir di pusingan kelayakan Madrid Spain Masters pada Selasa lepas.

Malah ada yang menuduh dia mengatur perlawanan selepas tewas kepada wakil Denmark, Magnus Johannesen.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page