Bulatkan tekad dukung Institusi Presiden depani PRU 15 - Danish



Calon Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Ahmad Danish Hairudin bertekad untuk menguatkan Institusi Presiden dalam memperteguh parti menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut beliau, kesepaduan dalam KEADILAN akan menjadi daya penggerak utama memperkasa jentera pembangkang dalam PRU kelak.


"Nasihat serta pandangan daripada teman-teman serta beberapa orang pimpinan saya pertimbangkan sebaiknya.


"Maka, dengan rasa penuh rendah diri dan rasa insaf, saya Ahmad Danish Hairudin menawarkan diri sebagai calon bagi memikul tanggungjawab besar jawatan Naib Ketua AMK Malaysia di bawah gabungan Seangkatan yang dipimpin bersama gandingan Saudara Adam Adli dan Kamil Munim.


"Berbekalkan pengalaman saya sebagai aktivis parti dan Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Negeri Selangor, saya membawa satu tekad iaitu menggarap segala kekuatan anggota akar umbi bagi mendokong Institusi Presiden mendepani PRU kelak," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Danish, sudah sampai masanya beliau menawarkan diri bertanding jawatan dalam AMK Malaysia setelah menimba pelbagai pengalaman dalam hirarki kepimpinan parti.


"Bermula dengan Gerakan Mahasiswa Keadilan Malaysia pada tahun 2012 saya meneruskan peranan di peringkat cabang serta terlibat secara langsung pada pemilihan 2014 dan 2018 di peringkat pusat.


"Pemilihan Keadilan 2022 ini merupakan satu proses demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan parti membenarkan anggota akar umbi memilih barisan pimipinan untuk mengemudi KEADILAN menuju kejayaan.


"Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai anggota memastikan parti terus intek dan dapat memberi sokongan kepada Institusi Presiden yang dipimpin oleh Saudara Anwar Ibrahim," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER