top of page

Buku PM Anwar dalam bahasa Itali: Pengiktirafan intelektual

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Buku The Asian Renaissance diterjemah ke bahasa Itali, menyerlahkan keintelektualan penulisnya
Buku The Asian Renaissance diterjemah ke bahasa Itali, menyerlahkan keintelektualan penulisnya

Oleh: Akmal Manaf


Terjemahan buku The Asian Renaissance ke dalam bahasa Itali merupakan satu pengiktirafan besar terhadap keintelektualan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, Itali merupakan pusat kebangkitan Eropah sekitar abad ke-17 dan 18 yang menyaksikan kemunculan ramai tokoh dalam pelbagai bidang ilmu termasuk Michealangelo dan Leonardo Da Vinci.


Apabila karya PM Anwar diterjemah ke dalam bahasa Itali, katanya, hal itu menunjukkan karya berkenaan mempunyai nilai keintelektualan yang diiktiraf tamadun Eropah.


"Terjemahan karya Asian Renaissance ini adalah satu pengiktirafan di mana keintelektualan tokoh negara adalah setanding dengan tokoh-tokoh pembaharuan di Eropah.

Ahmad Nadhir Yob
Ahmad Nadhir Yob

"Justeru, pihak Intelek Terengganu mencadangkan agar buku Asian Renaissance ini dicetak semula dan dijadikan antara silibus pembangunan modal insan yang mendokong pembinaan tamadun di Malaysia melalui pendekatan Malaysia MADANI.


"Konsep Malaysia MADANI adalah kesinambungan kepada karya Asian Ranaissance, justeru masyarakat harus mengetahui asal usul konsep Malaysia MADANI supaya menjadi satu elemen penting dalam pembinaan tamadun dan negara," katanya dalam satu kenyataan.


Semalam Anwar yang juga Presiden KEADILAN menzahirkan rasa terharu dengan usaha penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya 'The Asian Renaissance' ke dalam bahasa Itali.


Karya yang diterbitkan lebih dua dekad lalu itu katanya, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia melalui nilai-nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan, sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana Barat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page