top of page

Buku Gerakan Reformasi 2 Dekad mantapkan idealisme anggota KEADILAN - Mustaffa Kamil



Peluncuran buku Gerakan Reformasi Dua Dekad oleh NGO Rapat penting dalam konteks meningkatkan pemahaman anggota KEADILAN mengenai idealisme perjuangan yang mendasari penubuhan parti berkenaan.


Menurut Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub, buku yang diterbitkan oleh NGO pimpinan beliau itu menceritakan detik detik awal gerakan jalanan Reformasi, penubuhan Parti Keadilan Nasional sehinggalah kejayaan KEADILAN menjadi Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum pada 2018.


Kata calon Naib Presiden KEADILAN itu lagi, generasi baharu anggota parti seharusnya diperingatkan mengenai semangat awal dan nama nama pejuang yang berkorban membina parti sejak 20 tahun lalu.


"Program hari ini merupakan peluncuran buku reformasi selama 2 dekad. Buku ini amat penting berkisar perihal perjuangan reformasi, setebal 300 muka dan kita jadualkan peringkat awalnya Bapa Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkannya, namun beliau tidak dapat hadir kerana komitmen yang tidak dapat dielakkan, dan mewakilkan kepada ustaz Shamsul Firdaus, ADUN Taman Medan untuk meluncurkan buku ini.


"Pada asasnya buku ini penting untuk tatapan pendokong KEADILAN dan rakyat Malaysia seluruhnya untuk lebih memahami makna reformasi.


"Reformasi membabitkan pendidikan, ekonomi, politik yang dibahaskan dalam buku ini," katanya ditemui selepas majlis peluncuran di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, Selangor.


Mustaffa Kamil menunjukkan buku 2 dekad reformasi yang bermakna bagi reformis

Mantan Setiausaha Agung KEADILAN itu juga turut menceritakan sejarah penubuhan Rapat yang ditubuhkan untuk membela kebajikan para pejuang awal reformasi atau pun reformis.


Sehingga kini kata Mustafa, Rapat telah pun memiliki 10,000 ahli dan mempunyai sebuah koperasi, iaitu Koperasi Masyarakat Madani Malaysia (K3P) yang menjual sebahagiannya produk keluaran para reformis atau anggota KEADILAN bagi menambahkan pendapatan mereka.


Dalam pada itu, tegas Mustaffa, reformasi tetap relevan pada ketika ini biarpun pengaruhnya dianggap merosot kerana masih banyak rakyat yang tertindas dari aspek ekonomi. Biar pun katanya isu kronisme dan nepotisme yang dilaungkan dua dekad lalu mungkin kurang menarik minat generasi muda.


"Reformasi juga sebenarnya adalah bersuara di Parlimen. Kita mahu pembaharuan aspek ekonomi, sistem pendidikan dan seumpamanya. Jadi bermakna reformasi itu meluas. Kita buat forum, seminar juga sebahagian reformasi.


"Puncaknya sistem negara perlu diperkemaskan supaya rakyat ada keyakinan, antarabangsa juga yakin kepada negara kita dan pelabur luar datang," kata calon nombor 10 itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page