top of page

Buktikan Muda amal politik baharu, letak jawatan wakil rakyat



Parti Muda mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan semalam di atas dasar prinsip perjuangan dan politik baharu yang tidak toleran terhadap salah guna kuasa.


Bagaimanapun bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Datin Faizah Ariffin, parti itu tidak wajar terlalu mengkritik lawan politiknya sedangkan presiden Muda juga menghadapi empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) di Mahkamah Tinggi.


Lebih buruk, kata Faizah, rakyat tidak melihat Muda membawa politik baharu apabila semua calon yang parti itu letak dalam Pilihan Raya Negeri lalu kalah teruk sehingga hilang deposit.


Biar pun menghormati pendirian politik Muda dan presidennya Syed Saddiq, Faizah berkata, sekiranya Ahli Parlimen Muar itu benar benar mahu membawa politik baharu, beliau hendaklah memegang teguh prinsipnya dengan mengosongkan kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihanraya sebelum ini di atas bantuan Pakatan Harapan (PH).


"Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dari penyokong tegar PH, saudari Amira Aisya memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022 dan saudara Syed Saddiq memenangi kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15.


"Atas semangat itu, hari ini parti Muda mempunyai 2 orang wakil rakyat. Bayangkan jika penyokong PH tidak menyokong mereka, pastinya mereka akan hilang deposit.


"Atas nama prinsip perjuangan, saya gesa semua wakil rakyat dari parti Muda meletak jawatan dan kembalikan sokongan kepada rakyat semula. Ini barulah dinamakan prinsip," katanya.


Tambah Ketua Wanita KEADILAN Terengganu itu, Syed Saddiq tidak perlu terus menerus menunding jari ke atas kesalahan orang lain sebaliknya perlu menjadikan diri beliau sebagai ukuran 'kebaikan' dan 'prinsip sejati' ahli politik yang jujur.


"Syed Saddiq tidak perlu mengatakan orang lain jahat untuk menyatakan dirinya baik.


"Jika prinsip menjadi ukuran, maka prinsip beliau pasti lebih baik lagi. Jadi ini masanya untuk membuktikan kononnya Muda membawa politik baharu dalam negara.


"Pesanan saya kepada Syed Saddiq; Kesalahan orang lain selalu terlihat jelas di mata kita, tetapi kesalahan diri sendiri terkadang kita buta untuk melihatnya," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page