top of page

Bukti kerajaan takut bayangan sendiri

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jun 21, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad menyifatkan kerajaan sebenarnya takut dengan bayangan sendiri.


Beliau berpendapat, kerajaan sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah terutamanya dalam isu kestabilan politik.


“Kita suruh buka Parlimen, dia jawab jangan berpolitik nak tukar kerajaan waktu ini dan Anwar tak cukup sokongan.


“Kenyataan mereka kontradik. Jika beliau tak cukup sokongan maka pengalihan kepada bermain politik tukar kerajaan alasan yang hambar. Bukti takut dengan bayangan sendiri,” katanya.


Pada masa sama, Amin menganggap betapa pentingnya sidang Parlimen diadakan.


“Ramai tidak sedar maksud Perlembagaan tentang Kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen.


“Mereka tidak boleh menipu di Parlimen. Wajib jawab. Banyak perkara akan dibangkitkan oleh pelbagai pihak tentang pelbagai kementerian yang cukup besar ini,” katanya.

 
 
 

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page