Bukankah peruntukan perangi Covid 19 sudah cukup dalam Belanjawan 2021?



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengeluarkan warta kerajaan membenarkan peruntukan belanjawan tambahan tanpa melalui kelulusan Parlimen terus dipertikaikan.


Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, Belanjawan 2021 telah pun meluluskan peruntukan secukupnya untuk memerangi pandemik Covid 19.


Oleh itu, katanya tiada keperluan peruntukan tambahan dipohon atau pun diluluskan tanpa melalui Parlimen.


"Peruntukan tanpa melalui Parlimen, siapa yang nak buat semak dan imbang?


"Lagi duit negara akan digunakan tanpa penelitian daripada wakil rakyat dalam Dewan Rakyat. Bukankah tujuan darurat untuk Covid-19? Dan sejumlah dana yang besar telah diluluskan dalam Belanjawan 2021?


"Semakin jelas bahawa darurat seolah-olah digunakan untuk mengekang demokrasi, mengelak pertanggungjawaban dan ketelusan. Saya mendesak agar Parlimen dibuka segera," katanya kepada Suara Keadilan.


Kelmarin, kerajaan PN mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021


Ordinan Darurat juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Dengan itu kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.


Peruntukan tanpa kelulusan Parlimen itu dikhuatiri akan meingkatkan jumlah hutang negara yang telah pun berada pada tahap 65% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan melepasi had dibenarkan undang-undang sebanyak 55% daripada KDNK

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER