top of page

'Bukan soal Anwar tolak, tetapi rakyat tolak Tun yang berbelit-belit'



Tulisan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di Facebook menjernihkan kritikan terhadap dirinya, konon beliau mangsa pengkhianatan kurang diterima oleh penyokong reformasi.


Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Thiban Subbramaniam, isu utama yang tidak dijelaskan Tun Mahathir bukannya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak beliau, sebaliknya Ahli Parlimen Langkawi itu yang berbelit-belit dan menolak Anwar sebagai calon PM tanpa alasan munasabah.


Sedangkan realitinya, menurut Thiban, sejak Langkah Sheraton mengambilalih kerajaan, rakyat melihat Tun merupakan mastermind di belakang Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin yang menggagalkan peralihan kuasa.


"Ini kerana penyusunan langkah politik beliau (Tun) setelah menjadi Perdana Menteri (Pakatan Harapan) membelakangkan keputusan parti komponen PH. Azmin Ali dan konco-konconya menjadi orang penting dalam kerajaan dan sering berusaha untuk menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar. Ia direstui oleh Tun sendiri.


"Tun Mahathir perlu sedar bahawa rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap beliau kerana sikapnya yang berbelit - belit, tidak ikhlas dan gagal menunaikan janji.


"Beberapa siri audio semasa mesyuarat PH dan Bersatu yang dibocorkan sebelum ini telah membuktikan apa agenda sebenar Tun. Ada sesiapa yang menafikan kesahihan audio? Rakyat tidak mudah lupa.


"Dalam coretan yang dibuat oleh Tun, beliau sendiri mengesahkan bahawa dirinya hanya dapat sokongan 66 Ahli Parlimen (di hadapan Agong) manakala Anwar telah mendapat sokongan 92 Ahli Parlimen. Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar Ibrahim pada masa itu (Februari 2020) bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar Ibrahim selepas enam bulan beliau jadi PM (kali ketiga)?


"Sebaliknya coretan Tun menyerang Anwar kebelakangan ini lebih dilihat satu cubaan untuk melaga dan memecahbelahkan Pakatan Harapan serta cuba menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap," kata Thiban dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, Tun terkenal sejak sekian lama berpolitik secara 'baling batu sembunyi tangan'.


Dan cara itu dilakukan beliau sekali lagi sejak Februari lalu sehingga hari ini bagi memastikan Anwar dan Najib Razak hilang dari persada politik tanah air.


"Tetapi malangnya kita bukan berada dalam era 1990an untuk percaya kepada segala lakonan Tun. Sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap ingin bersara, sekejap bertekad jadi PM sekali lagi.


"Bila Tun menyerang Anwar secara terbuka, rakyat membaca maknanya Anwar sudah meraih sokongan yang mencukupi dan perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Inilah masanya untuk PH dan yang lainnya berdiri teguh bersama Anwar Ibrahim.


"Jasa Tun tidak dinafikan namun cukup-cukuplah bermain politik. Rakyat sudah lama menolak Tun. Kini masanya untuk Tun bersara dari politik dan meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan dan konco-konco Tun," katanya lagi.


Sikap Tun Mahathir yang tidak menentu sejak sebulan lalu mengkritik Anwar tetapi dalam masa sama menghentam pentadbiran Muhyiddin menyebabkan beliau kembali mencuri tumpuan pemerhati politik.


Namun, hakikatnya Tun dilihat semakin hilang pengaruh apabila saranannya beberapa minggu lalu untuk membentuk kerajaan campuran tidak dilayan oleh Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page