top of page

Bukan siapa calon PM tetapi jangan ulangi kesilapan lama - Anwar


Calon Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu tidak penting, sebaliknya agenda rakyat dan jangan ulangi kesilapan lama adalah jauh lebih utama, kata Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengulas spekulasi kemungkinan PH kembali menarajui Putrajaya dalam sesi siaran langsung Facebook tengah hari tadi. Bagi Anwar, tanpa agenda memartabatkan rakyat, berapa kali pun kerajaan pusat bertukar rakyat tetap tidak mendapat nikmatnya. "Orang tanya siapa calon PM, itu kita bincang dengan baik, kita putuskan. Tetapi yang penting bukan ulangi kesilapan lama. Kita berpegang pada prinsip jangan khianati amanah, bersih, tidak menerima rasuah dan mengangkat agenda rakyat. Ini cabaran yang besar," katanya. Selain itu, Anwar juga memuji mesyuarat secara atas talian yang dilakukan oleh 39 Ahli Parlimen KEADILAN semalam yang tidak terlalu membincangkan isu cukup atau tidak sokongan membentuk kerajaan, sebaliknya mengutamakan agenda memerangi Covid 19 dan mempertahankan prinsip perjuangan. "Bukan mengenai 129 ahli parlimen atau 130. Hal ini kita masih bincang, dalam proses. Belum muktamad. Yang penting bukan soal nombor atau kuasa. Kita banyak kali berkuasa, jahaman juga kepentingan rakyat. Yang penting adalah agenda. Kalau pegang ekonomi adakah kita nak kayakan kroni? "Atau teruskan dasar lama? Atau bawa pendekatan baru? Adakah nak guna institusi tekan musuh politik atau jaga institusi itu supaya lebih bersih?" katanya lagi. Mengenai spekulasi nakal kononnya beliau berminat menjadi Menteri Besar Selangor, Anwar menolak khabar angin tersebut. "Saya sudah jumpa Amer (MB Amirudin Shari) dan pimpinan. Kita beri sepenuh kerjasama dan sokongan untuk beliau jalankan tugas menghentikan kecelaruan dan salah guna kuasa serta pembolotan harta yang pernah berlaku dahulu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page