top of page

Bukan sebab kritik kerajaan, 70 peratus kandungan dibuang - Fahmi



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.


Beliau menjelaskan tindakan kerajaan sebenarnya membuang kandungan di beberapa platform media sosial disebabkan 70 peratus daripadanya mengandungi promosi jualan haram dan penipuan dalam talian.


Berkongsi statistik kandungan memudaratkan pada tahun ini, beliau memberitahu sebanyak 25,642 kandungan berbanding 1,019 pada 2022, dengan 18,140 kandungan tahun ini merupakan penipuan dan penjualan haram. Diikuti 4,008 kandungan berita palsu, 2,858 kandungan jelik, 599 pornografi dan 37 kandungan bersifat mengancam.


"Tahun ini kita buang 18,140 kandungan penipuan. Zaman Annuar Musa (bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia) buang berapa? 315 je.


"Takkan dia tak cergas lawan penipuan pun nak salahkan saya?," katanya dalam hantaran di laman Facebook dan X hari ini.


Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulas berita bertajuk ‘Padam Kandungan: Langkah ke Arah Cengkaman Media’, yang diterbitkan lidah rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.


Media tempatan melaporkan syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok mengakui menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page