top of page

Bukan nepotisme, keputusan pemilihan cerminan aspirasi akar umbi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25
  • 1 min read


Penganalisis politik menyifatkan pemilihan pimpinan pusat KEADILAN 2025 sebagai cerminan kematangan perwakilan dalam usaha memperkukuh kekuatan parti bagi menghadapi cabaran politik masa depan.


Dipetik laporan Bernama, mereka menyifatkan pemilihan gabungan tokoh berpengalaman dan pemimpin muda membuktikan aspirasi akar umbi yang mahukan kesinambungan serta pembaharuan.


Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali berpandangan bahawa kemenangan terutamanya Nurul Izzah Anwar yang mencuri perhatian sebagai mencerminkan manifestasi mandat penuh daripada ahli akar umbi dan bukan hasil amalan nepotisme serta berpuak.

"Perwakilan melihat 'Puteri Reformasi' itu sebagai figura terbaik untuk memimpin dan membantu Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri dan pilihan raya umum.


"Kekalahan Rafizi adalah keputusan jelas ahli untuk melakukan perubahan kepimpinan. Mungkin pendekatan kempen Rafizi yang banyak mendedahkan isu dalaman parti menjadi antara faktor penolakan," katanya dipetik.


Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian dipetik laporan sama berkata idealisme dan perjuangan politik Nurul Izzah selari dengan keperluan dalam konteks perubahan masa kini yang mampu merapatkan jurang antara generasi lama dan baharu dalam kepimpinan parti.


"Pencapaian beliau sebelum ini juga amat meyakinkan apabila pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan memegang jawatan penting dalam parti dan berdasarkan nilai itu, Nurul Izzah dilihat memenuhi ciri-ciri untuk mengambil peranan lebih besar," katanya.


Manakala Prof Dr Azizuddin Sani (UUM) menegaskan konsistensi perjuangan Nurul Izzah menjadi faktor sokongan terhadapnya.


"Beliau dikenali sejak sekian lama dan perjuangannya sentiasa konsisten. Nurul Izzah memang layak untuk memegang jawatan Timbalan Presiden, namun ada tanggungjawab besar menanti beliau, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," katanya dipetik laporan itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page