top of page

Bukan masa untuk PRN Johor, fokus derita rakyat - Ismail Yusop



Pandemik Covid 19 yang belum berakhir dan mangsa banjir yang masih menderita kehilangan harta benda tidak mewajarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan ketika ini.


Bagi Senator Datuk Ismail Yusop, cadangan kerajaan BN Johor untuk meneliti keperluan PRN dalam tempoh satu dua bulan ke hadapan adalah tidak bertanggungjawab dan mengenepikan penderitaan mangsa banjir Johor, khususnya di Segamat.


"Bagi saya dalam keadaan sekarang keutamaan nombor satu adalah rakyat. Ini bukan masa kita buat pilihan raya.


"Bila kita buat pilihan raya bermakna kita lebih utama kedudukan dan kuasa. Sedangkan kita tahu pandemik, banjir dan urustadbir erta tatakelola negara seperti yang kita dapat lihat (amat buruk). Sepatutnya fokus kepada kesejahteraan rakyat," katanya.


Beliau mempersoalkan apakah motif sebenar PRN tersebut kepada kerajaan BN Johor. Katanya, suasana politik di peringkat pusat yang kondusif tidak memungkinkan berlaku perubahan Kerajaan Negeri secara melompat ke gabungan lain.


Begitu juga kemuakkan rakyat terhadap politiking melampau yang perlu diredakan.


"Sebenarnya kalau di peringkat pusat kita boleh berlapang dada, bukan sahaja buat MoU kerjasama, tujuannya bukan untuk meletakkan agenda politik nombor satu.


"Kerajaan yang ada sekarnag tak cukupkah dengan kuasa yang mereka ada dan dalam konteks Johor majoriti satu kerusi? Kelantan dulu pada satu ketika beza satu kerusi sahaja tetapi boleh tunggu sampai habis penggal. Lagi pun bukan lama, setahun sahaja lagi," katanya.


Beliau berkata, kesan PRN sekiranya diadakan mungkin akan meningatkan jangkitan Covid atau menaikkan kemarahan rakyat. Bagi KEADILAN, kata mantan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat itu, parti akan tetap bertanding kerana itu adalah matlamat perjuangan mereka.


"Kalaulah mereka buat keputusan PRN, bagi parti politik kita kena masuk. Sebagai parti politik, kita sertai pilihan raya. Parti akan masuk PRN tetapi itu bukan bermakna kita meletakkan agenda plihan raya itu keutamaan.


"Dalam suasana sekarang kena faham sentimen rakyat apa? Rakyat lelah dengan politiking yang sedang berlaku ini," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page