Bukan Bumiputera perasuah: Kesal PM Ismail Sabri tidak bertindak terhadap Hadi Awang



Kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang bahawa bukan Islam dan bukan Bumiputera di negara ini merupakan golongan perosak politik dan ekonomi negara seharusnya diambil tindakan oleh ketua Kerajaan 'Keluarga Malaysia', Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam, sikap berdiam diri PM Ismail Sabri dalam isu berkenaan amat mengguris perasaan bukan Bumiputera dan bukan Islam di negeri ini.


Katanya, tuduhan bukan Islam dan bukan Bumiputera mengawal ekonomi negara dan menggunakan wang mereka untuk mencemarkan politik, pentadbiran dan kehakiman merupakan penghinaan dan anasir memecahbelahkan perpaduan dalam negara.


"Ini seolah-olah mendakwa badan kehakiman negara tidak telus dan dikawal oleh bukan Islam.


"Sudah lebih sebulan kenyataan Presiden Pas ini diperdebatkan namun PM masih membisu dan langsung tidak menyentuh tentang dakwaan Presiden Pas yang jelas melanggar semangat “Keluarga Malaysia” yang dilaungkan oleh Ismail Sabri.


"Tindakan Perdana Menteri terus membisukan ini menimbulkan persoalan apakah beliau bersetuju dengan dakwaan Hj Hadi yang jelas menghina bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai golongan perasuah.


"Tindakan Ismail ini membuktikan laungan “Keluarga Malaysia” adalah retorik politik belaka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Thiban lagi, sikap berdiam diri BN dan sekutunya juga dilihat aneh kerana parti parti perkauman yang membentuk kerajaan BN - PN sering mempersoalkan apa sahaja yang dilakukan pembangkang, tetapi apabila rakan kongsi mereka menghina kaum masing masing mereka tidak pula bersuara.


Jelas beliau, rasuah adalah masalah semua kaum dan semua rakyat Malaysia seharusnya melawan gejala buruk itu, bukannya menyalahkan sesuatu kaum sebagai pengamal budaya berkenaan.


"Di waktu kita meraikan Hari Kebangsaan, dakwaan Abdul Hadi Awang langsung tidak mencerminkan semangat sebagai rakyat Malaysia. Rasuah tidak mengenal kaum mahupun agama.


"Rasuah adalah musuh negara yang perlu diperangi dan sesiapa sahaja tidak kira agama atau kaum boleh melakukan perkara keji dan terkutuk itu.


"Namun, apakah Presiden Pas sedar tindakan beliau dan partinya untuk terus menyokong dan bersekongkol bersama pemimpin yang dibuktikan makan rasuah dan kini di penjara Kajang itu adalah perkara yang keji dan terkutuk juga.


"Mungkin Presiden Pas dan sekutunya perlu mengimbas kembali peristiwa Pas menyokong dan mengesahkan Najib menerima derma dari Arab yang kini disahkan (tidak berlaku oleh) pemimpin politik yang paling korup dalam sejarah Malaysia (berdasarkan keputusan mahkamah). Apakah Pas benar-benar melawan rasuah?" tanyanya.


Justeru, Thiban mahu Presiden Pas berhenti daripada politik munafik dan memperalatkan sentimen agama serta kaum bagi kelangsungan politik


Manakala, PM Ismail katanya, harus tampil dan menjelaskan pendirian beliau tentang dakwaan Hj Hadi Awang yang menghina bukan Islam dan bukan Bumiputera.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER