top of page

'Bukan batalkan tebatan banjir, batal projek runding terus' - Anwar



Pembangkang diingatkan jangan memanipulasi keadaan dengan tohmahan kononnya Kerajaan Perpaduan telah membatalkan projek tebatan banjir di beberapa kawasan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata, projek tebatan banjir tetap diteruskan tetapi menggunakan kaedah baharu iaitu tender terhad, bukannya runding terus yang membabitkan kos tinggi sebagaimana diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.


"Berkaitan projek tebatan banjir ada orang permain. Projek tebatan itu diluluskan oleh kementerian masing masing dengan peruntukan ditetapkan.


"Saya batalkan kerana kos tinggi dan melalui rundingan terus, tetapi projek itu mesti diteruskan. Dalam belanjawan saya umumkan, projek tebatan banjir di Johor dan Sungai Golok, Kelantan. Nak kata diskriminasi projek pasal apa?


"Kita minta disegerakan. Projek itu mendesak, cuma kaedahnya jangan runding terus kerana kos meningkat.


"Kita guna proses tender terhad dan percepat projek. Guna tender terhad kos itu menurun. Ini bukan isu politik. Semua projek belum ditandatangan (menteri) saya batalkan, pastikan ada tender (terhad). Tak kan itu pun salah," katanya dalam sesi tanya jawab kepada PM di Dewan Rakyat, pagi ini.


Tegas Anwar, beliau telah mengarahkan projek tebatan banjir dijalan segera dan pembangkang tidak perlu terus mempertikaikan isu berkenaan.


"Sekarang dengan menggunakan kaedah baru, projek perlu disegera. Bukan batalkan projek tebatan banjir. Batalkan projek rundingan terus," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page