top of page

Bukan ahli KEADILAN tetapi ahli PBB masuk PBB



Mendekati Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, pelbagai strategi dilakukan penyokong pro parti pemerintah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memburuk-burukkan KEADILAN.


Terbaharu 19 ahli KEADILAN Cabang Batang Sadong didakwa meninggalkan parti. Bagaimanapun Cabang Batang Sadong menafikan sekeras-kerasnya ahli KEADILAN telah keluar parti baru-baru ini.


Ketua Cabang Batang Sadong, Piee Ling (gambar, atas) berkata, semua ahli terbabit yang ditohmah sebagai ahli KEADILAN sebenarnya adalah ahli Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).


“Saya telah dimaklumkan kononnya seramai 19 ahli KEADILAN di Kampung Rangawan, Sadong Jaya keluar parti dan menyertai PBB/GPS.


“Satu majlis penerimaan keahlian telah dihadiri sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada 27 Julai lalu di kediaman Abdul Kadir Arifin yang mendakwa sebagai Ketua Cabang KEADILAN Kampung Rangawan.


“Setelah mengenalpasti muka-muka yang mendakwa keluar parti itu, didapati cuma seorang sahaja adalah ahli berdaftar Parti Keadilan Rakyat, Cabang Batang Sadong.


“Ahli tersebut dengan nombor pendaftaran Q0900000870 menyertai KEADILAN pada 26.6.2018 selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Persekutuan dan sebelum itu beliau adalah penyokong PBB/BN,” katanya dipetik.


Menurut Piee lagi, Abdul Kadir Arifin yang mendakwa sebagai Ketua Cabang Kampung Rangawan tidak pernah menjadi ahli KEADILAN sebelum ini.


Katanya, tiada rekod bahawa penama tersebut pernah menjadi ahli dan jawatan yang didakwa disandang pun tidak wujud dalam struktur parti.


“Abdul Kadir merupakan penyokong PBB/BN ketika saya bertanding PRN 2006 dan PRU 2008 dahulu.


“Setelah meneliti komen-komen di akaun FB milik Awla Dris, ternyata salah seorang daripada 19 orang tersebut mengaku ahli PBB sejak sekian lama.


“Justeru, adalah dipercayai mereka ini adalah ahli atau penyokong PBB ketika era BN dan apabila kepimpinan PBB di cawangan bertukar, maka mereka telah terpinggir.


“Drama yang dicipta oleh ahli-ahli PBB ini seolah-olah mahu menunjukkan bahawa ahli KEADILAN telah berpaling tadah, tetapi sebaliknya mereka hanya memalukan diri dan segala lakonan mereka jelas tidak menjadi,” kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page