top of page

Buka semula sekolah kerana ingin semangat berlajar secara bersemuka

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Sep 23, 2021
1 min read


Banyak ibu bapa tertanya-tanya mengenai peraturan bersekolah secara bersemuka dan diselang seli dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)


Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bertanya kepada Menteri Pendidikan dalama sesi soal jawab Dean Rakyat pagi tadi, apakah relevannya sesi pembelajaran bersemuka disekalikan dengan PdPR.


"Saya nampak kementerian mengumumkan sesuatu tetapi akhirnya perincian itu tidak sampai ke bawah dan menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kepada guru dan ratusan ibu bapa keliru perkara ini.


"Persoalan saya, daripada penjelasan menteri kita nampak seolah-olah satu minggu belajar dan lepas itu satu minggu cuti. PdPR sendiri di atas kertas nampak bagus, realitinya murid waktu mereka cuti mungkin tak buat sesuatu


"Kedua tentang pilihan ibu bapa yang ambil opsyen pilih (hantar anak) ke sekolah. Maka murid tidak ambil opsyen ke sekolah mereka tidak ada pilihan," katanya.


Menteri Pendidikan Radzi Jidin menjawab sesi persekolahan secara bersemuka diadakan untuk menaikkan semangat pelajar terus mengikuti pelajaran.


Sesi bersemuka, katanya, setelah dibincangkan dengan ibu bapa dan para guru tidak sesuai dilakukan secara berterusan dan dalam jumlah penuh bilangan pelajar tetapi sesuai jika diadakan secara sistem giliran dan separuh lagi di dalam sesi PdPR.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page