Buka sektor ekonomi berdasarkan penilaian risiko Covid-19

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menyifatkan kerajaan perlu menghapuskan pendekatan kategori perniagaan perlu dan tidak perlu, sebaliknya membuka pelbagai sektor ekonomi berasaskan penilaian risiko Covid-19.


Beliau berkata, pengelasan kategori perniagaan perlu dan tidak perlu dalam industri mahupun perkhidmatan adalah langkah bertindih selepas lapan minggu menempuh pelbagai perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana semua sektor industri adalah perlu.


“Kita mencadangkan pengelasan semula industri dan perkhidmatan yang menetapkan aktiviti ekonomi mengikut tahap risiko tinggi atau risiko rendah.


“Bagi melaksanakan langkah itu, kerajaan mesti membangunkan prasarana pengumpulan data bagi menilai risiko ketika ini dan disokong kekerapan berkala ujian pengesanan jangkitan Covid-19 secara besar-besaran bagi sektor industri dan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Cadangan berkenaan adalah antara senarai panjang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan selepas pertemuan dengan Menteri Kewangan di Putrajaya, semalam.


Wong Chen membentangkan kedudukan serta kebimbangan KEADILAN berhubung isu pemulihan nasional dan dasarnya, selain menggariskan empat fokus membabitkan kesihatan awam, ekonomi, bajet serta kewangan dan proses pelaksanaan.


Tambahnya, kerajaan juga perlu menumpukan kepada perkara asas seperti memberi model ekonomi dan data berguna, ujian pengesanan lebih baik, prosedur operasi standard lebih baik merangkumi kepatuhan awam dan kejayaan pemberian vaksinasi.


Katanya, tunjang utama krisis ekonomi berlaku disebabkan kegagalan dasar kesihatan awam dan piawaian pelaksanaan yang rendah.


“Justeru, apa sahaja pelan pemulihan nasional mesti menanggapi masalah pertama, iaitu kegagalan sistem kesihatan awam,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER