Buka Parlimen, bahas usul tergempar kecam Israel - AMK


Malaysia seharusnya membuka Parlimen untuk mengecam kekejaman negara haram Israel ke atas penduduk Palestin sejak beberapa minggu lalu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir berkata, usul itu penting sebagai lambang penentangan berterusan Malaysia ke atas kebiadaban Israel, dan bukannya idea mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana diungkapkan oleh Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dalam ucapannya baru-baru ini.


"AMK Malaysia ingin menyinggung kenyataan PM sewaktu perutusan khas terkait isu Palestin yang mengiktiraf usaha penyelesaian dua negara tatkala Zionis Israel terus mengganas.


"Ini menjadi persoalan sekiranya penyelesaian dua negara ini berlaku, walaupun agak mustahil, adakah Perikatan Nasional akan mengambil pendirian untuk mengiktiraf Israel?


"Oleh itu, pendirian tuntas dalam hal ini perlu diterjemahkan melalui usul tergempar Sidang Parlimen dalam kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.


Ahli parlimen Johor Bahru itu juga berpendapat masyarakat Malaysia dan antarabangsa perlu melihat perkara berkenaan dalam kerangka lebih besar sebagai isu kemanusiaan yang merentasi sebarang perbezaan ideologi politik, agama dan kaum.


Katanya, AMK Malaysia dan KEADILAN teguh bersama-sama semua negara yang menentang serangan dan pencerobohan ke atas Palestin


"Tindakan keji dan biadap Zionis Israel sepatutnya mendapat kecaman sebulat suara masyarakat antarabangsa dan perlu segera dikategorikan sebagai jenayah perang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Isu Palestin yang telah berlarutan berabad lamanya sejak Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917 menjadi titik mula usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.


"Dengan rentetan keganasan, pembunuhan dan kemusnahan yang dialami oleh Palestin, menjadi bukti kukuh bahawa apa yang berlaku kini merupakan usaha “penghapusan etnik” secara besar-besaran (oleh Zionis)," katanya lagi.


Justeru, AMK mengingatkan tindakan Israel yang memulakan serangan ke atas penduduk Palestin jelas bertentangan dengan usaha pelan damai dan mencabuli undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia yang sepatutnya dipertahankan.


Selain itu, AMK juga menghargai sokongan rakyat Malaysia dalam membantah serangan tidak berperikemanusiaan Israel terutama sekali dalam kalangan badan-badan bukan kerajaan yang giat menggerakkan usaha mengumpul dana, serta peranan cukup hebat netizen dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dunia terhadap situasi sebenar yang berlaku di Palestin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER