Buka Parlimen 5 hari, hina institusi Parlimen, tidak hormati Yang di-Pertuan Agong


Tempoh lima hari yang ditetapkan oleh kerajaan untuk Parlimen bersidang bermula 26 Julai ini, disifatkan sebagai tidak menghormati institusi Parlimen selain menderhaka titah Yang di Pertuan Agong.


Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata, tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu juga sebagai hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu yang cuba disembunyikan mereka disebalik tempoh persidangan yang singkat itu.


"Kerajaan sebenarnya tidak menghormati demokrasi, kuasa rakyat dan Perlembagaan kerana ikut Perlembagaan jemaah menteri dan eksekutif perlu bertanggungjawab kepada Parlimen tapi cara mereka buka Parlimen hanya lima hari ini tidak hormati Agong.


"Kerana setiap kali pembukaan Parlimen adalah sesi Titah Diraja supaya dalam titah itu masalah yang dihadapi oleh negara akan dibentangkan supaya ahli-ahli Parlimen bahas tapi sekarang  kerajaan tidak panggil sesi khas dan tiada sesi pembukaan, jadi mengikut konvensyen yang sebenarnya, tiada titah bagaimana hendak mengadakan perbahasan," katanya.


Kata William lagi, tatkala negara berhadapan dengan kemelut wabak Covid-19 kerajaan PN tidak perlu berniat untuk bermain politik sehingga sanggup mengenepikan suara Ahli-ahli Parlimen bagi menyuarakan isu-isu rakyat dan negara.


"Semua sudah tahu masalah besar negara tentang Covid-19, lima hari mana cukup bahas semua perkara yang penting , ini maknanya mereka buat sahaja tetapi bukan dengan cara baik, demi kelangsungan demokrasi sebenar.


"Maknanya mereka hanya main wayang dan tidak benarkan ahli Parlimen membahas serta ajukan soalan," katanya.


Tambahnya, tempoh itu juga sebagai cerminan kegagalan kerajaan PN membawa agenda rakyat dan mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen.


"Ada perkara yang hendak disembunyikan oleh kerajaan PN kerana bimbang Ahli Parlimen bertanya soalan kepada menteri-menteri, ini kerana banyak perkara yang perlu dibahas dan pertanyaan  yang perlu dijawab oleh mereka,"' katanya. 


Dalam pada itu, beliau secara sinis menyifatkan kerajaan PN lebih banyak merehatkan Ahli Parlimen sepanjang pandemik berbanding meminta mereka melakukan kerja.


"Parlimen lebih banyak ditutup daripada dibuka untuk melaksanakan tugas


"Ini menidakkan suara rakyat juga, jadi kita seru kepada Perdana Menteri dan jemaah supaya mengikut nasihat Agong dengan baik. Ikut rayuan rakyat Malaysia untuk melaksanakan demokrasi dengan sepenuhnya, untuk adakan sesi Parlimen yang sebenar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER