top of page

Buka empangan punca banjir, menteri setuju tambahbaik kaedah



Banjir di beberapa kawasan di Johor, khusus di Yong Peng, Sri Medan, Parit Yaani, Parit Sulong, Sri Gading dan Parit Raja berhubung perlepasan air di Empangan Bekok perlu dilakukan penambahbaikan dalam prosedur operasi piawai (SOP) terutama keputusan untuk membuka pintu empangan dan proses pemberitahuan kepada penduduk.


Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) yang menjaga Empangan Bekok telah mengikut SOP ditetapkan, iaitu mencecah paras 80% takungan maka air dilepaskan bagi mengelak struktur empangan menjadi lemah.


"Pihak JPS melepas air empangan berdasarkan SOP yang telah ditetapkan dalam manual operation and maintenance mengikut ramalan hujan lebat dikeluarkan oleh MetMalaysia.


"Kalau tidak buat demikian, ia memberi impak integriti kepada kekuatan empangan. Sekiranya monsun timur laut berlaku, air empangan akan diberikan had maksimum 80% kepada kapasiti empangan.


"Sekiranya melepasi maka mereka melepaskan air empangan," kata Nik Nazmi dalam sesi pengulungan usul banjir di Johor dalam perbahasan sesi petang di Dewan Rakyat.


Bagaimanapun beliau berkata, punca sebenar banjir adalah akibat taburan hujan yang luar biasa tinggi dari 28 Feb hingga 3 Mac. Katanya, taburan hujan yang turun 548 mm melebihi purata hujan bulanan jangka panjang Johor iaitu 195mm sebulan.


Manakala dalam proses menyurutkan air banjir pula, katanya, pihak JPS sehingga 5 Mac telah meletakkan 8 pam bergerak dan ditambah lagi 5 pam di beberapa kawasan.


Pada 3 Mac lalu pihak berkuasa telah membuka pintu air Empangan Bekok, Empangan Sembrong di Batu Pahat, Empangan Machap di Kluang dan Labong, Endau Mersing sehingga menyebabkan banjir berlaku di kawasan rendah.


Manakala berkenaan cadangan Ahli Parlimen Air Hitam perlunya tempoh tertentu dan pemakluman kepada pemimpin tempatan sebelum pintu air empangan dibuka untuk penduduk segera berpindah Menteri setuju diteliti semula SOP.


Berkenaan soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Syed Sadiq Abdul Rahman (Muda - Muar) iaitu berlaku penangguhan atau kajian semula projek tebatan banjir apabila bertukarnya Kerajaan Persekutuan dan mungkin akan menyebabkan Muar mengalami banjir besar pula selepas ini, Nik Nazmi berkata, tiada projek yang ditangguh apabila kerajaan baharu mengambil alih.


"Tebatan banjir 15 projek di Johor, kos RM1.49 bilion, ada yang baru dan sambungan. Tidak ada projek terlewat dibuat akibat pertukaran PM.


"Cuma kalau ada isu yang disebut soal proses perolehan. Secara spesifik misalnya projek RTB Lembangan Muar Fasa 3 telah diumumkan oleh YAB PM, seterusnya projek Lembangan Sungai Kesang yang diiklan pada Mac 2023 dan mula Jun 2023.


"Di Muar telah lulus projek pemecah ombak dan dijangka siap pada 2026," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page