top of page

BUDI95: Penjimatan RM4 bilion boleh disalur semula kepada rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 29
  • 1 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Inisiatif BUDI Madani RON95 yang diperkenalkan kerajaan bukan sahaja memastikan rakyat Malaysia terus menikmati harga subsidi RM1.99 seliter, malah dijangka menjimatkan subsidi minyak sehingga RM4 bilion setahun untuk disalurkan semula kepada rakyat.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, langkah tersebut merupakan permulaan penting dalam usaha kerajaan menstrukturkan subsidi secara lebih bersasar serta mengawal ketirisan yang selama ini menjadi isu kerugian dana negara.


"Ini adalah dasar yang baik kerana subsidi minyak akhirnya benar-benar dinikmati rakyat Malaysia. Penjimatan subsidi ini boleh disalurkan kembali melalui pembinaan sekolah, menaik taraf hospital, membina jalan baharu serta menambah bantuan sara hidup.

R Yuneswaran
R Yuneswaran

"Inisiatif itu membuktikan keberanian Kerajaan Madani untuk melaksanakan dasar realistik demi kepentingan negara, walaupun berisiko menimbulkan kritikan.


"Sebelum ini, hampir 3 juta warga asing menikmati minyak bersubsidi kita. Itu tidak adil kerana subsidi datang daripada cukai rakyat Malaysia. Dengan adanya BUDI Madani, ketirisan dapat dikawal, hasil negara bertambah, dan beban rakyat dapat dikurangkan tahun demi tahun," katanya kepada Suara Keadilan.


Yuneswaran juga menyatakan keyakinan bahawa penggunaan MyKad (IC) bagi pengesahan subsidi adalah kaedah paling selamat serta tepat bagi menentukan kelayakan rakyat mengikut kategori pendapatan.


"Kalau untuk daftar sekolah, daftar hotel atau mohon bantuan kerajaan pun kita guna IC, kenapa tidak untuk subsidi minyak? Ada pihak cuba politikkan isu ini, sedangkan IC adalah mekanisme paling selamat untuk kawal data rakyat.


"Penjimatan subsidi ini memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurus kewangan negara dengan lebih baik, termasuk membayar hutang lama dan mengurangkan pergantungan kepada pinjaman baharu.


"Kalau tidak bermula sekarang, bila lagi? RM4 bilion ini adalah penjimatan besar yang boleh digunakan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Inilah langkah pertama ke arah subsidi bersasar sepenuhnya," ujar beliau lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page