top of page

BUDI95: Pemandu e-hailing dipertimbang dapat kuota 800 liter sebulan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menaikkan had kelayakan subsidi Budi MADANI Petrol RON95 bagi pemandu e-hailing daripada 600 liter kepada 800 liter sebulan susulan maklum balas pemandu yang menganggap jumlah sedia ada masih belum mencukupi.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, perkara berkenaan tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.


"Ada lagi rakan-rakan dan anak-anak daripada e-hailing yang merasakan masih belum cukup 600 liter.


"Jadi kita (kerajaan) sekarang mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had tersebut kepada pemandu ehailing yang layak namun tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.


"Pada masa sama, kerajaan turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bwah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)," katanya ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang ingin tahu tahap kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan yang diambil kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan di bawah BUDI95.


Setelah sebulan pelaksanaan inisiatif BUDI95, Anwar menyifatkan ia merupakan satu kejayaan yang membanggakan.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setakat bulan lalu, seramai 13.1 juta rakyat telah menggunakan subsidi berkenaan dan (kerajaan) membelanja RM2.6 bilion RON95 bersubsidi.


"Jadi subsidi kerajaan kepada rakyat ialah RM800 juta setakat pelaksanaannya. Persoalannya adakah 300 liter mencukupi?


"Kalau kita lihat purata untuk penggunaan bulan Oktober, purata jumlah liter ialah 98 liter sahaja iaitu 33% daripada kelayakan.


"Yang membelanjakan lebih daripada 300 liter ialah 0.7%. Tapi kita sudah meluaskan kemudahan ini kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen memandu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kerajaan Sabah dan Sarawak.


"Setakat 31 Oktober, 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu juga telah diluluskan.


"Dengan mengenakan RM1.99 seliter tentunya jauh lebih rendah dan diterima baik dan saya ucap terima kasih kepada rakyat yang memberikan kerjasama dan membantu, malah ramai juga melaporkan jika ada kebocoran, ketirisan dan penyeludupan," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page