top of page

BUDI95: Kuota 300 liter setiap individu boleh hentikan aktiviti penyeludupan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Penetapan had maksimum subsidi bersasar petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan untuk setiap individu merupakan langkah rasional Kerajaan MADANI dalam usaha mengawal ketirisan dan penyeludupan petrol khususnya di kawasan sempadan.


Demikian pandangan diberikan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Nabil Halimi yang menzahirkan keyakinan bahawa jumlah tersebut masih mampu melindungi pengguna biasa memandangkan had yang ditetapkan telah diteliti secara rapi dan rasional.


''Apabila lebihan (bahan api) dikenakan harga pasaran, ia bukan untuk menghukum rakyat, tetapi untuk memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan sasar.


''Kalau tidak, subsidi kita ‘mengalir keluar’ ke negara jiran kerana kemungkinan ada 'si kitol' yang nakal jual kepada mereka (orang luar) yang tidak layak untuk menerima subsidi ini.


''Jadi pendekatan ini ialah keseimbangan antara menjaga kepentingan rakyat dan pada masa sama memastikan kewangan negara lebih mampan,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan kuota 300 liter yang antara lain bertujuan mengelakkan penyeludupan terutama di kawasan sempadan.


Berbanding polisi pemberian subsidi pukal sebelum ini yang membenarkan pembelian tanpa had, aktiviti penyeludupan petrol RON95 boleh dilakukan oleh warga tempatan.


Untuk rekod, pelaksanaan petrol subsidi RON95 akan bermula pada 30 September ini dengan harga ditetapkan pada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter pada kadar semasa.


Inisiatif yang dibuat di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) itu disasarkan kepada rakyat tempatan tanpa mengira tahap pendapatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page