BUDI95: Kuota 300 liter petrol setiap individu mencukupi, berdasarkan kajian
- Suara Keadilan

- Sep 27
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Pendapat warga maya kononnya penetapan kuota 300 liter sebulan bagi setiap pengguna petrol bersubsidi RON95 sebagai tidak mencukupi disangkal Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Beliau berkata, setiap kritikan seharusnya bersifat membina dan bertujuan membantu, bukannya dibuat semata-mata untuk mengkritik.
''Apabila kementerian membuat keputusan, ia dilakukan berdasarkan sains dan data. 95% pengguna didapati menggunakan kurang daripada 300 liter petrol sebulan.
''Lagi 5% pula hanya melibatkan segelintir pengguna yang mencapai had 300 liter. Ini bermakna, secara keseluruhannya, hampir 99 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan.
"Mungkin hanya 1% pengguna yang memerlukan lebih daripada 300 liter sebulan, dan golongan ini saya sendiri tidak pasti pekerjaan mereka atau di mana mereka tinggal.
''Justeru, isu kononnya kuota 300 liter sebulan tidak mencukupi sebenarnya tidak berbangkit sama sekali,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, Tze Tzin berkata, rakyat perlu memahami bahawa kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam merangka dasar subsidi tersebut, dan adalah mustahil untuk memenuhi kehendak semua pihak secara 100%.
Beliau berpendapat, kuota 300 liter itu sudah memadai malah kebanyakan orang masih menggunakan kurang daripada 150 liter sebulan.
Dalam isu sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula meminta pihak yang mengkritik inisiatif Budi Madani itu agar membuat perbandingan harga petrol yang ditetapkan oleh kerajaan RM1.99 seliter dengan negara-negara lain.
''Adakah rakyat mahu membayar RM9.00 seliter seperti di Singapura atau RM5.68 seliter seperti di Thailand?
"Penjimatan kos minyak akan membantu mengurangkan banyak lagi harga barangan lain dan kos sara hidup,'' katanya.
Berikut adalah anggaran penggunaan petrol sebulan bagi kenderaan berkapasiti kecil dan mewah:










Comments