top of page

BUDI95: Kerajaan tidak hadkan pembelian RON95 sekali sehari - MoF

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 24
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI memperuntukkan RM11 bilion bagi menampung subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 demi memastikan rakyat terus menikmati harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran sekitar RM2.60.


Menurut Kementerian Kewangan (MoF), pemansuhan subsidi pukal dijangka memberi menjimatkan RM2.5 hingga RM4 bilion setahun kepada perbelanjaan kerajaan.


"Hasil penjimatan itu akan disalurkan semula untuk memperluas bantuan bersasar, termasuk memperluas Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)," kata kementerian itu pada Selasa.


Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan bahawa terdapat had pembelian bagi petrol RON95 bersubsidi, iaitu tidak melebihi sekali isi dalam sehari.


Bagaimanapun, pagi ini portal berkenaan telahpun menurunkan berita yang dimuat naik pada semalam.


BUDI95 ialah sistem subsidi bersasar yang membolehkan semua warganegara berusia 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif membeli sehingga 300 liter RON95 sebulan pada harga subsidi.


Ia akan mula dilaksana di semua stesen minyak mulai akhir bulan ini.


Sementara itu MoF turut menegaskan kerajaan tidak pernah bercadang mengenakan had pembelian harian RON95 kepada sekali sehari.


Penjelasan itu sekali gus menepis laporan tidak tepat mengenai mekanisme pelaksanaan inisiatif tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page