top of page

Budi MADANI RON95: Rakyat jimat RM2,196 setahun, bukan RM18

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 7 days ago
  • 2 min read
ree

Kekeliruan warga maya dan sindiran pembangkang di media sosial mengenai inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) ternyata tidak berasaskan fakta dan hanya percubaan menambah kekeliruan dalam kalangan rakyat.


Aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz (gambar) berkata, manfaat sebenar program BUDI95 jauh lebih besar daripada angka yang cuba diputarbelitkan tersebut.


Menurutnya, terdapat warga maya yang mendakwa rakyat hanya jimat RM18 sebulan susulan penurunan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, namun kiraan itu tersasar.


"Kiraan sebenar ialah membandingkan harga tanpa subsidi (RM2.60) dengan harga subsidi khas rakyat Malaysia (RM1.99).


"Bezanya ialah 61 sen seliter, dan untuk penggunaan purata 300 liter sebulan, rakyat jimat RM183 sebulan atau RM2,196 setahun," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Syam Ghaz, selain rakyat, kerajaan pusat juga berjaya menjimatkan kira-kira RM4 bilion setahun hasil pelaksanaan program tersebut.


"Jumlah ini (penjimatan) lebih besar daripada hasil (tahunan) gabungan empat negeri Pas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang hanya RM3.9 bilion pada 2025.


"Dengan RM4 bilion ini kerajaan boleh bina sekitar 80 sekolah menengah (kos RM50 juta sebuah) baharu atau 8 hospital daerah (kos RM500 juta sebuah)," ujarnya.


Beliau dalam kenyataannya turut kesal dengan dakwaan Ketua Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Fadhli Shaari yang lebih banyak menyindir polisi subsidi bersasar Kerajaan Madani di media sosial berbanding memberi penyelesaian.


"Malangnya, Afnan Hamimi dan Fadhli Shaari lebih suka menyindir sahaja, sedangkan negeri-negeri pembangkang masih gagal mengurus ekonomi dan hasil," katanya.


Syam Ghaz menegaskan, di peringkat nasional Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan keberanian membuat keputusan besar demi rakyat.


"Inilah beza antara pemimpin yang sekadar pandai beretorik, dengan pemimpin yang membuktikan kata-kata melalui angka dan tindakan nyata.


"Jalan terus PMX, baki ada dua tahun lagi untuk reform habis-habisan negara ini," katanya.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page