top of page

BUDI Diesel: KPDN perketat kawalan elak ketirisan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 hours ago
  • 1 min read
Datuk Dr Fuziah melawat stesen minyak bagi memastikan subsidi bersasar BUDI Diesel lancar. Foto: FB Fuziah
Datuk Dr Fuziah melawat stesen minyak bagi memastikan subsidi bersasar BUDI Diesel lancar. Foto: FB Fuziah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperketat kawalan pemberian subsidi diesel menerusi program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel).


Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, langkah itu bagi mengelakkan salah guna dan ketirisan, termasuk di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak.


Tambahnya, pelksanaan BUDI Diesel memerlukan padanan pemilikan kenderaan diesel bagi memastikan subsidi RM2.10 seliter hanya dinikmati mereka yang layak.

"Cuma beza BUDI RON95, ia hanya mengambil kira lesen memandu. Bagi BUDI Diesel pula, maklumat pemohon dipadankan dengan pemilikan kenderaan diesel," katanya dipetik laporan media.


Dr Fuziah berkata begitu selepas meninjau pelaksanaan mekanisme bantuan subsidi BUDI Diesel di Bandar Dato’ Onn, di Johor Bahru pada Khamis.


Bermula 1 Julai, kerajaan menetapkan harga diesel bersubsidi pada RM2.10 seliter menerusi program BUDI Diesel berbanding harga pasaran RM3.97 seliter.


Pada Selasa, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, kira-kira 700,000 pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page