top of page

BUDI Agri-Komoditi bantu pekebun kecil, golongan rentan diteruskan - PM

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read
PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya
PM Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya

Kerajaan MADANI bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar bagi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan pada Isnin telah mendengar pembentangan isu berkaitan krisis rantaian bekalan global yang kian menekan.


"Kerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dunia.


"Atas pertimbangan tersebut, kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara," kata beliau dalam hantaran media sosial.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, kementeriannya kini sedang mempertimbang pelaksanaan subsidi diesel menerusi penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara.


Kemudahan itu jelasnya dijangka memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan seperti operator mesin membajak, jentera menuai dan pengangkutan lori yang disewa pesawah bagi menjalankan kerja pertanian.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page