top of page

Budaya sukarelawan dalam kalangan belia semakin meningkat - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read
Adam Adli (T shirt hitam) merasmikan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) peringkat Kebangsaan
Adam Adli (T shirt hitam) merasmikan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) peringkat Kebangsaan

Seramai 10,420 belia telah mengambil bahagian dalam pelbagai program sukarelawan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tahun ini.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pertambahan penyertaan tersebut sekaligus mencerminkan kesedaran tinggi terhadap budaya kesukarelawanan, yang turut memupuk rasa empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.


"Penglibatan mereka membuktikan bahawa belia Malaysia bukan sahaja berkebolehan, tetapi juga bersedia memikul tanggungjawab sosial," katanya dipetik.


Adam Adli berkata begitu ketika merasmikan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) peringkat Kebangsaan 2025 sempena Program Rancakkan MADANI di Putrajaya, pada Sabtu.


Sementara itu menurutnya, antara inisiatif yang digerakkan tahun ini termasuk MYCorps Borneo 2025, ASEAN Youth Volunteer (AYV), Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), Program Furr Ever dan Projek DENGAR Rakan Muda.


Dalam masa sama beliau turut menegaskan komitmen KBS untuk terus memperluas ruang penyertaan belia dalam aktiviti kemasyarakatan melalui segmen Rakan Prihatin di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.


"Dengan lebih 5,000 peserta menyertai HKBM di peringkat kebangsaan dan negeri sepanjang tahun ini telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha mengukuhkan ekosistem kesukarelawanan serta memperluas penglibatan belia dalam pembangunan komuniti dan aktiviti kemasyarakatan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page