top of page

Budaya politik cacian: Elak jadi jati diri anak muda - AMK Gombak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 1 min read
ree

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak menolak sebarang bentuk budaya politik melampau yang menjadikan cacian sebagai alat perjuangan.


Menerusi satu kenyataan mereka menegaskan, tindakan seorang individu yang membuat kenyataan menghina institusi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara menerusi media sosial baru-baru ini tidak lagi boleh dibiarkan.


"Kita sedang melihat kemerosotan akhlak yang dibungkus dengan keberanian palsu.


"Caci maki bukan hujah, taksub bukan perjuangan. Jika ini dibiarkan, generasi muda akan terbiasa membina identiti melalui kebencian, bukan nilai," kata kenyataan itu.


Media sebelum ini melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan terhadap seorang individu yang membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Individu itu yang merupakan merupakan kakitangan institut pengajian tinggi tempatan yang mempertikaikan pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan dakwaan tidak berasas yang bersifat fitnah serta berunsur politik.

Sementara itu AMK Gombak menegaskan, tindakan penyokong pihak tertentu menggunakan caci maki sebagai hujah berpolitik hanya melambangkan kemerosotan adab dan akhlak.


Justeru mereka memberi amaran bahawa sekiranya budaya itu tidak ditegur dan dibendung, ia berisiko membentuk generasi muda yang menyanjung kebencian dan membina identiti politik melalui cercaan, bukan nilai dan ilmu.


"AMK Gombak komitmen untuk menolak sepenuhnya politik biadab yang meracuni minda anak muda dan menyeru semua pihak agar mengembalikan politik kepada asas nilai, rasional dan tanggungjawab.


"Jangan ajar anak muda jadi pentaksub politik. Politik mesti kembali kepada nilai, akal dan amanah," tegas mereka lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page