Bubar Parlimen: 'Dari berlari anak kini masa untuk memecut' - Rafizi



Pembubaran parlimen yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini perlu digunakan sebaik baiknya untuk memacu kemenangan buat KEADILAN dan Pakatan Harapan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, gerakan massa yang dimulakan sejak dua tiga bulan lalu dalam mencipta momentum kebangkitan rakyat perlu beralih ke mode pecutan sepanjang sebulan kempen pilihan raya ini.


"Kita akan buat yang terbaik.


"Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan.


"Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik.


"Dari berlari lari anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut," katanya di twetter dalam respons kepada pengumuman pembubaran parlimen yang dibuat PM Ismail pada pukul 3 petang tadi.


Perdana Menteri Ismail Sabri petang ini mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk membubarkan Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke 15 walaupun di tengah tengah bantahan rakyat menolak PRU pada musim tengkujuh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER