top of page

Bubar DUN Melaka: TYT tidak ikut duluan sewaktu pemerintahan PH



Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak mengikut duluan ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada Mac 2020 lalu.


Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat petang ini berkata, Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Sri Utama Dr Ali Rustam seharusnya mengikut duluan yang dilakukan oleh TYT sebelumnya Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang menolak pembubaran DUN sewaktu dipohon oleh Ketua Menteri Adly Zahari, tahun lalu.


"PH mengambil pendirian Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


"Apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap beliau pada Isnin lalu, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri tersebut telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati TYT.


"TYT sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka, serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.


"Malangnya tindakan TYT ini bukan sahaja melanggari duluan bagi Melaka, di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu untuk membubarkan DUN tidak diterima setelah hilang majoriti, malah ianya juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar Jamaluddin lawan Zambry Abdul Kadir yang mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Majlis Presiden amat kesal apabila rakyat Melaka terpaksa memperjudikan kesihatan diri mereka keluar mengundi ketika wabak Covid 19 belum reda.


"Majlis Presiden turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka ini telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri diadakan, yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik Covid-19 belum lagi terkawal sepenuhnya," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page